Monday 16 February 2015

Cendol Sagu Gula Melaka

SEDAP,MUDAH, SENANG,RINGKAS DAN SIMPLE..

Salam semua…..
Kali ni saya nak kongsi resipi ……sebenor nye tau masak dan makan je….nama saya tak pasti, tapi saya panggilnya Cendol Sagu Gula Melaka.
Sebab cara hidangnya macam cendol….. bahan utamanya sagu yang dimasak di makan dengan air gula Melaka campur santan.
Memandangkan sekarang ni musim panas …. Ianya sangat sesuai jika di hidang  ketika sejuk…errmmm terasa sejuk tekak!
Caranya memang mudah, senang, ringkas, simple... tak guna banyak bahan dan yang paling penting…sedap!
cendol, sagu, gula melaka, sedap, simple. ringkas mudah, resipi


Bahan-bahanya:-
300 gm biji sagu (warna putih)
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau

Untuk sirap gula:-
1 ketul gula melaka, potong kecil
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
(masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)

1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam
*boleh ganti dengan susu sejat atau santan kotak
Caranya:-
1. Didihkan air, masukkan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan ke dalam air mendidih. Masak sagu sehingga berubah jadi jernih.
2. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit. Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci di bawah air mengalir untuk membuang kanjinya.
3. Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
Cara Hidangan:-
Keluarkan sagu, masukkan ke dalam mangkuk kecil, tuang sedikit santan dan sedikit air gula melaka tadi...dah siap!

Selamat mencuba….
Love
Radziah radzi

017-659 9421

Monday 9 February 2015

RESIPI IKAN SARDIN HOMEMADE

Salam u olls!
Minggu lepas saya ikut kawan ke Kelas Masakan Sihat...katanya belajar buat sardin homemade!
Wahhh....sangat teruja sebab sebelum ni memang selalu simpan stok sardin. Tau-tau je la kan....sardin ni la penyelamat kalau lauk lain tak sempat masak atau kehabisan bahan mentah.
Yang bestnye….kami diajar penyediaan makanan yang sihat.
makanan seimbang,premium beautiful corset,resipi ikan sardin homemade, sedap,sihat,biozone,sardine by radziahradzi
 Ikan yang digunakan ialah ikan sardin (ikan selayang)
Ikan -ikan ini akan di buang kandungan bahan kimia/ bahan awet terlebih dulu melalui proses Purifikasi  untuk meneutralkan bahan-bahan toksin yang terdapat dalam isi ikan.
Menggunakan mesin OZON (Biozone food purifier)
premium beautiful corset, resipi ikan sardin homemade, sedap,sihat,biozone,sardine by radziahradzi
Eeee...banyaknye buih2 yg keluar. Buih tu selepas selesai Purifikasi pun tak hilang tapi jd macam span. Bila bakar pun tak terbakar....itu yg bila masuk dlm badan kita blh mengundang macam2 penyakit!!!
 Setelah selesai Purifikasi....ikan2 tu nampak lebih segar dan isinya lebih pejal....
Seterusnya....ikan2  tu di potong bahagian kepala dan ekornya supaya nampak serupa dengan ikan sardin tin.
premium beautiful corset, resipi ikan sardin homemade, sedap,sihat,biozone,sardine by radziahradzi

okey....now jom kita masak2
  
BAHAN-BAHANNYA :-
            5 ekor ikan sardin
            10 biji  tomato
             2 1/2 cawan air 
             5 ulas bawang putih
             10 ulas bawang merah
              1 inci halia
             Garam dan gula secukup rasa
             sedikit minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-

1.       Kisar tomato, bawang putih, bawang merah dan  halia bersama air.
2.       Masukkan bahan yang di kisar bersama ikan ke dalam periuk tekanan.  Tambahkan minyak, gula dan garam.
3.       Kacau rata dan tutup periuk tekanan.  Panaskan diatas dapur menggunakan api  kuat dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan  biar masak perlahan selama 1 jam .
4.       Dah siap…..ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardin dalam tin.
resep,premium beautiful corset,resipi ikan sardin homemade, sedap,sihat,biozone,sardine by radziahradzi
Selepas ni boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak buat inti karipap pun sedap…..atau goreng macam kita masak sardin  biasa tu….
premium beautiful corset, resipi ikan sardin homemade, sedap,sihat,biozone,sardine by radziahradzi
Selamat mencuba!!!
" KESIHATAN KELUARGA di UTAMAKAN"
SPECIAL PROMOTION
First 3 customer
Instalment Plan BIOZONE food Purifier
Bulan Pertama RM400 (terus dapat barang)
Bulan ke 2  RM300
Bulan ke  RM300
Bulan ke 4  RM300
Jumlah RM1300 (tidak termasuk kos penghantaran)
ANDA JIMAT RM450 tuuu....
premium beautiful corset,resipi ikan sardin homemade, sedap,sihat,biozone,sardine by radziahradzi
Bertindaklah SEKARANG anda mampu mengubahnya.

Agent / Distributor diperlukan.
To purchase...... or
 FREE DEMO and CONSULTATION......
Contact me
               Love
Facebook : Radziah Radzi | Instagram : @radziahradzi
 Whatsapp / Call/sms : 017.659.9421

Thursday 5 February 2015

KUIH MASALODEH

resipi, senang,sedap,mudah,murah,sihat,mineral coffee,premium beautiful corset,cantik,kuih tradisional,kuih tempatan,biskut,jana pendapatan,side income,partime job,kuih masalodeh by radziah radzi
MUDAH, RINGKAS,RANGUP DAN SEDAP!!!
Ini adalah  resepi kegemaran keluarga saya......sekali buat saya akan gandakan  kuantiti resepi ni sebab separuh saya goreng untuk makan dan separuhnya lagi saya goreng separuh masak dan simpan dalam peti sejuk supaya lain kali nak makan hanya perlu keluarkan dan goreng semula.
Menurut anak saya yang belajar di Mesir, kuih yang hampir sama seperti ni juga ada di sana....ia di panggil “to’miyyah” tapi ia dibuat daripada kacang hijau dan kuih masalodeh ni guna kacang dal.
Kuih masalodeh ni bahan-bahanya tak banyak dan cara membuatnya amat mudah dan ringkas. Rasanya rangup dan sedap...
Bahan-bahan:
2 cawan kacang dal
1-2 tangkai daun kari - gunting kecik-kecik
1 tangkai cili kering - gunting kecik-kecik
1 biji bawang besar - potong dadu
1 sudu kecik jintan manis
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1.Rendam kacang dal semalaman. Toskan.... kemudian separuh diblend halus dan separuh lagi diblend kasar

2.Campurkan kacang yang diblend tadi dengan kesemua bahan2 lain, bulatkan dan tekan supaya leper di bahagian tepi.

3. Panaskan minyak......goreng dalam minyak yang banyak dan balik balikkan, bila ia timbul maknanya dah masak la tu.....

Hemm...senangkan!!!
Tunggu apa lagi.....meh la cuba.....

Boleh buat minum-minum petang bersama secawan kopi!
resipi, senang,sedap,mudah,murah,sihat,mineral coffee,premium beautiful corset,cantik,kuih tradisional,kuih tempatan,biskut,jana pendapatan,side income,partime job,kuih masalodeh by radziah radzi
Saya penggemar Mineral Coffee - kopi robusta yang mengandungi Garam Buluh. Rasanya memang sedap lemak-lemak manis gitu...(sesuai utk pesakit kencing manis)
Berminat nak tahu lebih lanjut tentang MINERAL COFFEE???
or,  berminat nak cuba sekotak jer dulu Mineral Coffee ni...
(sekotak ada 20 sachets), boleh PM saya personally.

Harga cuma RM30 (tak termasuk postage)
Beli 2 kotak - Free postage !

Sharing is Caring.... 
Love
Facebook : Radziah Radzi | Instagram : @radziahradzi
 Whatsapp / Call/sms : 017.659.9421